Sunday 5 February 2012

Jenis-Jenis Perempuan yang Sanggup Bermadu



~1 Perempuan yang sanggup menjadi isteri kepada lelaki-lelaki yang sudah berkahwin.
~2 Isteri pertama yang mandul.
~3 Isteri solehah yang ingin mendapatkan payung emas di Syurga.
~4 Isteri naif dan yang menurut perintah suami.
~5 Isteri yang tidak kisah berkongsi asalkan suami berlaku adil dan haknya tidak       dicabuli.


Dalam ayat Quran terang-terang cakap lelaki yang mampu berlaku adil boleh je nak kahwin 4, tapi bermakna lelaki tu, bukan kahwin dengan aku lah. Tapi kalau Allah dah takdirkan, siapa aku untuk menolak kan? :)


Aku masih ingat lagi dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih 1, minit ke 01:45:30 yang mana Ana meletakkan syarat kepada Furqan sebelum menerima lamaran.
Syarat Ana Altafunnisa:
1. Saya harus tetap tinggal di lingkungan pesantren.
2. Selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sebagai seorang isteri, Mas Furqan tidak boleh menikahi perempuan lain.
Mula-mula, Furqan tak sanggup terima syarat kedua tu, tapi disebabkan ada riwayat sahih dari sahabat Rasulullah, makanya dia terima. Mengikut riwayat Umar Al-Khattab, Saad bin Abi Waqas dan Muawiyah; seorang isteri boleh meletakkan syarat sebelum berkahwin, yang wajib dipenuhi oleh si suami, asalkan syarat tersebut tidak memudaratkan.

Jadinya, sebelum berkahwin dan sebelum menerima lamaran seseorang lelaki, seorang perempuan tu ada hak untuk meletakkan syarat yang dia taknak dimadukan selagi dia mampu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada si suami. Makna kata, lelaki yang sanggup terima syarat ni je yang boleh kahwin dengan perempuan tu.

Tapinya, memang semua lelaki nak kahwin lebih dari 1 ke? Memang semua lelaki tak mampu nak sayang dekat seorang isteri je ke? Habis tu, Abah dengan abang-abang aku boleh je setia dengan seorang isteri. Tapi abang aku pernah lah cakap, lelaki ni jangan sesekali disuruh kahwin lain. Kalau harini isteri dia suruh, esok jugak dia pergi cari baru. Pantang dicabar. Haha.


Ramai perempuan kalau boleh nak jadi macam Khadijah dan Fatimah. Khadijah selama berumah tangga dengan Rasulullah SAW tidak pernah dimadukan dan Fatimah seumur hidupnya tidak pernah dimadukan oleh Saidina Ali.

Tapinya, akhlak aku ni dah setaraf ke dengan Khadijah dan Fatimah tu untuk jadi seorang perempuan yang tak layak dimadukan? Lepastu pulak, akhlak bakal suami aku tu dah setaraf ke dengan Rasulullah dan Saidina Ali yang nak berkahwin lebih dari satu tu? Hmmm. For you to ponder and wonder.

There's a saying, "an ideal marriage is between a man and a woman". Maksudnya kalau a marriage between a man with two, three, or four women ni tak berapa nak ideal lah. Heee. But still, tak ada salahnya pun kan.

Lepas raya ni, banyak betul orang yang bakal mendirikan rumahtangga. Didoakan yang terbaiklah buat mereka-mereka itu semua. Orang kata, kalau dah kahwin, maknanya, sudah bertemu dengan jodoh yang Allah takdirkan. Kalau tiba-tiba bercerai tu, maknanya bukan jodoh lah tu.

Contohnya macam Ana Altafunnisa yang berkahwin dengan Furqan. Orang pun cakap yang jodoh dia dengan Furqan. Tiba-tiba, bercerai, maknanya dah tak ada jodoh lah tu. Tiba-tiba kahwin pula dengan Abdullah Khairul Azzam, jodoh Ana yang kedua barangkali?

Macam mana pulak orang tu boleh kahwin dengan bukan jodoh dia? Bila dah kahwin kali kedua baru betul jumpa jodoh dia tu kira macam mana pulak ye? Hmm, Allah knows best. Mungkin jodoh itu bergantung kepada bagaimana kedua pasangan tu cuba mempertahankan hubungan tu kot kan. Sekian. Assalamualaikum. :)

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar.  Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya.  Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.




7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.






Bagi sesetengah orang, mencari jodoh bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Hidupnya mudah, meskipun tidak pernah bercinta atau bercouple (bercouple adalah haram) dengan sesiapa, bila tiba masa untuk dirinya berumah tangga, dia terus mendapat pasangan yang ideal dan terus melangsungkan perkahwinan. Ada orang pula pernah bercouple dengan beberapa orang sebelum bertemu dengan cinta sejati mereka sehingga akhirnya berjaya ke jinjang pelamin.
Perjalanan, pertemuan dan masa untuk seseorang bertemu jodoh masing-masing adalah berbeza. Ada orang yang terpaksa dikecewakan beberapa kali sebelum bertemu dengan buah hati yang setia. Ada orang lain pula meskipun telah bertemu jodoh, namun selepas berkahwin 1 hari, pasangannya telah meninggal dunia menyahut panggilan ilahi. Apa jua keadaan yang sedang kita hadapi,  alami atau bakal lalui, teguhkan hati dengan menanam redha di dalam diri.
Seseorang yang mencari jodoh tentu berusaha untuk memikat hati si dia yang mungkin telah bertahta dihatinya. Namun sejauh manakah kita perlu berusaha memikat hatinya? Betulkah dengan cara memujuk, berbuat baik, menggunakan kata-kata romantik dan seumpamanya?

Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:
1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: Apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayahnya dan ayah si gadis telah mengenali kita, maka mudahlah kita menyalurkan hasrat hati kepada ayahnya.
2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah s.a.w untuk masuk memikat hati perempuan (Bukhari 4642). Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.
4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. Ada yang mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si gadis menurut As-Sunnah.
Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata: “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Tidak Perlu Melampau
Beginilah cara yang baik untuk memikat si dia mengikut sunnah. Tidak perlu ajak si dia keluar. Tidak perlu berusaha sedaya upaya mengambil hatinya dengan berlakon baik dan mengubah diri untuknya. Jika mahu berubah, biarlah kerana Allah.
Perbuatan kita yang terlalu kuat berusaha memikat hatinya hanya akan mendorong kita melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Kita mungkin akan berubah menjadi baik seketika untuk dirinya, namun selepas memiliki dirinya kita akan kembali kepada perangai asal. Pernahkah anda dengar ramai pasangan yang mengadu menghadapi masalah dalam perkahwinan kerana masing-masing mula mengubah sikap. Sebelum kahwin bukan main baik dan mesra, tetapi selepas kahwin perkara kecil pun boleh mencetuskan pergaduhan.
Usaha kita yang melampau untuk memikat hatinya juga akan menyebabkan dirinya menerima kita atas dasar kasihan, bukannya cinta yang sebenar. Mampukah faktor kasihan seperti ini memberikan kebahagiaan berpanjangan? Cinta dan kasih sayang yang paling baik adalah cinta dan kasih sayang kerana Allah.
Jika mahu memikat hatinya, jadilah seorang insan yang mengasihi Allah dan menjalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan sempurna. Jika perkara ini belum cukup untuk memikat hati si dia, ketahuilah bahawa dia bukanlah orang yang sesuai untuk kita. Tiada cara memikat yang lebih baik dari cara yang diajarkan dalam Islam.
Perlukah Romantik?
Kadang-kadang ramai yang beranggapan kita perlu menjadi romantik dan becinta seperti pasangan suami isteri meskipun sebelum berkahwin. Barulah dapat mengenali hati budi masing-masing. Hakikatnya semua ini hanyalah tipu semata-mata. Ini ialah tipu daya syaitan! Orang yang bercinta sering berubah sikap seolah-olah sangat baik. Sikap yang digambarkan pada pasangan kekasihnya itu bukanlah sikap sebenarnya. Mereka ini akan berubah selepas berkahwin.
Selain itu pasangan yang bercinta juga sering mengalami kekecewaan kerana tidak dapat bersama. Samada mereka putus cinta, halangan keluarga, halangan kewangan dan sebagainya. Berbagai perkara boleh berlaku. Akibatnya ramai yang kecewa dan mengambil jalan mudah untuk membunuh diri. Hilang keyakinan pada diri sendiri. Benci membenci antara satu sama lain. Bermusuhan dan tidak kurang juga yang menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan hidup bekas kekasihnya.
Inilah antara perkara yang banyak berlaku kepada masyarakat kita hari ini. Jika mereka bahagia dan mesra bersama, mereka akan terlanjur melakukan zina pula. Sebelum mengatakan apa yang saya nyatakan ini tidak benar, cubalah sendiri membuat kajian berapakah jumlah bayi yang baru dilahirkan dibuang dan dibunuh hidup-hidup setiap tahun. Itu baru jumlah pembuangan bayi, berapa pula jumlah sepasang kekasih yang berzina?
Semua ini berlaku kerana sikap manusia yang kononnya mencari jodoh dan memikat pasangan mereka dengan cinta yang tidak berlandaskan syariat Islam. Semoga kita semua dijauhkan dari semua perkara yang dimurkai Allah ini. Sebagai manusia biasa, kita juga ingin hidup berpasangan, mencari jodoh dan memikat hatinya untuk membina sebuah institusi keluarga bahagia. Namun perjalanan untuk meraih kebahagian itu tidaklah mudah seperti yang digambarkan. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa semoga niat murni kita semua dilindungi-Nya dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah…


DakWaH



Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su ‘). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.

Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.

Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar’ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar’ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Lihat … tiada apa-apa, kan?”

Kedua: Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. ”

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?”. Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? “Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. ” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. “Ya …. tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy,” katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar … Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. ”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. ”

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. ”

“Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” . “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan ‘ooh’ atau ‘wow’. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. ”

3. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

“Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya “Membogelkan Kaum Wanita” tercapai.

“Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu” kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.

Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Tudung Hanya Sebagai Fesyen

Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Wallahu a'lam atau Wallahu 'alam


Wallahu a'lam atau Wallahu 'alam?

Saya mendapat teguran dari seorang sahabat kerana menulis Wallahu 'alam kerana kata beliau menurut literasi bahasa Melayu ianya salah kerana sebetulnya adalah wallahu a'lam. Saya tercari-cari artikel sebelum ini dan mendapati ianya benar bahawa saya telah salah tulis tentang ini menurut ejaan yang betul.

Walaupun saya sangat pasti sahabat-sahabat yang membacanya pasti membaca dengan betul walaupun ejaannya adalah salah, namun saya tidak dapat lari dari perasan bimbang kalau ada yang membaca menurut ejaannya. Sudah pasti ianya membawa maksud yang lain.

Saya bukan cikgu bahasa Melayu, saya hanyalah seorang cikgu matematik yang sentiasa bergelumbang dengan nombor-nombor, justeru saya terlepas pandang tentang kesilapan saya ini. Apabila difikir sejenak, betul juga katanya ;

ejaan a'lam di dalam bahasa arab adalah - alif, ein, lam dan mim.
ejaan 'alam di dalam bahasa arab pula - ein, lam dan mim sementara
ejaan alam di dalam bahasa arab pula - alif, lam dan mim.

Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang berkunjung di sini membaca mengikut bacaan yang betul dan tidak terikut-ikut dengan kesilapan yang tidak disengajakan ini. Maaf atas kelemahan saya ini.

Saturday 4 February 2012

FrienD in IslaM



"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..